Majlis Penyampaian Sijil Tabika Kemas Sri Andalas

Hari ahad lepas kami sekeluarga menghadiri Hari Penyampaian Sijil untuk sekolah tadika Aisyah. Dah 2 tahun (sejak umur 4 tahun) Aisyah bersekolah di Tadika KEMAS Sri Andalas, Taman Sri Keramat. Alhamdulillah, walaupun ia merupakan sekolah tadika kerajaan , tetapi perkembangan positif yang dia tunjukkan memang sangat kami syukuri.

Memang kagum dengan Cikgu Siti Norah yang mengajar kat situ. Bayangkan macam mana dia handle 78 orang pelajar seorang diri. 40 orang di sessi pagi dan 38 orang disesi petang. Walaupun ia sekolah Tadika Kerajaan, tapi kemudahan dan aktiviti yang ada kat sini saya memang agak puas hati kalau nak dibandingkan dengan beberapa tadika swasta yang saya survey. First impression masa mula-mula datang sini, Wow! banyaknya mainan! Bagus untuk budak-budak ni berkreativiti. Takdela boring sangat. Cikgunya pun kreatif dalam menarik minat budak-budak.

Pada mulanya dulu, kitaorang ingat nak hantar dia tabika pada umur 5 tahun, tapi oleh sebab masa dia umur 3 tahun lagi dah merengek tiap-tiap hari “Umi… nak pegi seolah”. Jadinya kami pun try bertanya pada Tabika ni. Biasanya diaorang tak ambik budak 4 tahun, tapi sebab dia tengok Aisyah ni badannya besar, dia kata okla. Tahun lepas dia bersekolah di sessi petang sebab sessi pagi untuk budak 6 tahun.

Tahun ni, cikgu kata Aisyah dah boleh pergi sesi pagi sebab dia “cepat menangkap” walaupun baru umur 5 tahun. Rasanya dalam akhir bulan Januari dia dah boleh membaca dengan lancar. Dia memang dari kecik lagi sangat suka membaca. Kalau menangis atau mengamuk, kitaorang cuma perlu suruh dia pergi ambik “book” dia, dia pasti akan berhenti menangis. Kemana-mana memang tak tingggal buku kecik dia.

Masa majlis penyampaian sijil tu, Aisyah ada buat persembahan koir. Banyak jugak lagu yang diaorang nyanyi. Ingat nak upload kat blog ni video persembahan tu, tapi saiz file terlalu besar. Ambik masa sket nak edit untuk kecikkan saiz. Kalau berjaya diedit, nanti saya upload ye. (Maklumla, saya bukan pandai sangat bab-bab edit video ni)

Yang makin bangga, sebab Aisyah terpilih untuk jadi solo untuk lagu “Rasa Sayang Hei”. Dia kena nyanyi rangkap pantun

Pisang emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi cikgu dibawa mati.

Dekat sebulan jugak dia practise hafal pantun ni kat rumah. Sakit telinga jugak kadang-kadang dengar dia tak berhenti menyanyi. Maklumla, nak habiskan 7 lagu yang akan dipersembahkan. Antara lagu yang diaorang nyanyi ialah Lagu Negaraku, Lagu KEMAS, Lagu Boria Malaysia Jaya, Lagu Lenggang Kangkung, Lagu Anak Kambing Saya, Lagu Rama-Rama dan Lagu Rasa Sayang Hei. Selain persembahan koir, ada macam-macam lagi persembahan Senamrobik, Tarian Muhibbah (Melayu, Cina , India) dan Nasyid.

Boleh dikatakan semua 78 orang pelajar participate didalam persembahan. Takde yang tertinggal. And i think it is very good to improve their confidence. Masa tahun lepas, penyampaian sijil diadakan bersama-sama murid tadika lain dalam DUN Hulu Kelang. Cuma beberapa orang je terpilih untuk buat persembahan. Satu sekolah, satu persembahan. Bayangkan lebih 10 buah sekolah nak ambik sijil. Punyalah lama kitaorang menunggu sebab giliran sekolah Aisyah last sekali.

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan, semalam kitaorang shopping belikan hadiah untuk cikgu Nora. Memang terhutang budi sangat kat dia. Yelah, 2 tahun dia mengajar anak kita dari tak tau apa-apa sampai boleh menulis, membaca , mengira, menyanyi, melukis, membaca doa, dll.

Malam tadi, saya minta Aisyah tuliskan kad untuk cikgu Nora. Kat atas adalah hasilnya. Ayat “I Love My Teacher” tu dia yang cadangkan. Siap ada lukisan rumah lagi. Hopefully cikgu dia suka. Esok kitaorang akan hantar dia pergi sekolah. Takut dia tak larat nak bawak hadiah tu naik bas. Saya pun boleh jumpa cikgu Nora personally. Lepas ni tak tau bila pulak boleh jumpa.

Tahun depan mungkin Aisyah akan bersekolah di Tadika lain pulak. Bukan sebab sekolah ni tak bagus, tapi kitaorang nak bagi Aisyah merasa suasana baru dan dapat belajar benda baru. Yela kan, dah 2 tahun sekolah kat situ, kadang-kadang dia pun malas nak pergi sekolah.

Okla, rasanya dah panjang sangat post hari ni. Nanti saya akan ceritakan kisah kitaorang survey tadika baru untuk Aisyah.

Saya antara Top Affiliate untuk PPL Teknik Video Marketing

Alhamdulillah. Tak sangka saya mendapat tempat ke-4 bagi cabaran top affiliate bagi program Pay-Per-Lead ” Teknik Video Marketing” yang dijalankan oleh pihak AspirasiCyber. Walaupun tak sebanyak pemenang yang lain, tapi macam biasa, kita perlu bersyukur dengan apa jua rezeki yang dapat kan? Alhamdulillah. Tempat pertama dimenangi oleh Otai IM Malaysia - Zamri Nanyan

Setiap hari dunia perniagaan internet kat Malaysia semakin meriah. Makin ramai yang sanggup mengeluarkan modal untuk membuat program pay-per-lead seperti ini. Dan saya kira ia adalah satu perkembangan yang positif. Selain dapat memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia buat duit percuma, mereka juga dapat ilmu percuma.

Syabas untuk mereka semua!

Cerita saya ada di Ebuletin Mymode edisi ke-7

Beberapa bulan lepas , pihak Mymode ada menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka nak interview saya. Agak terkejut sebenarnya sebab dalam ramai-ramai leader, saya turut terpilih. Saya jawab soalan ni semuanya melalui email yang dihantarkan. Tertunggu-tunggu jugak bila agaknya ia akan dikeluarkan, dan akhirnya bulan ini giliran saya pulak.

Kalau anda nak baca cerita penuh tentang ni, bolehla download disini. Ebuletin Mymode ni diterbitkan tiap bulan dalam format PDF. Jika sebelum ni Mymode menerbitkan Buletin yang diposkan ke rumah mereka yang subscribe, mungkin untuk menjimatkan kos ia telah dijadikan dalam bentuk digital. Tiap bulan akan ada leader yang dipilih untuk ditemuramah.

Dan kalau nak tahu lebih banyak tips dan rahsia leader-leader Mymode, bolehla join bisnes ni. Sebab semua ebuletin boleh anda download di Mobile Lounge Mymode yang dikhaskan untuk ahli sahaja. Saya juga ada sediakan web sokongan KHAS untuk ahli kumpulan saya. Selain kisah kejayaan leader, ada juga diselitkan tip-tips tentang telefon bimbit, internet, dan lain-lain.

Saya sememangnya enjoy buat Mymode ni berbanding dengan MLM lain yang saya ceburi. Kenapa? sebab produknya ialah prepaid. Memang tiap bulan saya akan tetap beli. Kalau MLM lain, susah sikit la, ditambah pulak ada belian minima yang perlu dibuat untuk layak dapat bonus. Kalau berasaskan produk kesihatan dan makanan, saingan sangat banyak dan kita pun kadang-kadang nak jugak bertukar selera/jenama. Tapi kalau bab prepaid,  memang takde banyak pilihan, hargaa pasaran pun sama. Cuma yang membezakan dimana kita beli prepaid tu.

Di Mymode, releks je, kalau takde orang nak beli prepaid pun takpe, sebab diri sendiri punya kos prepaid pun dah lebih RM100 sebulan. Cukup untuk melayakkan saya dapat bonus yang disediakan (kalau anda pangkat bawah Junior CM, tak payah maintain apa-apa pun).

Kalau anda minat nak buat duit dengan telefon bimbit, jangan segan dapatkan info percuma disini ye.

Payment dari Lemonadehere

Pagi tadi bukak email, terkejut sebab dapat satu email yang tak disangka-sangka. Mungkin anda pernah terbaca tentang offer Pay-per-lead dari Lemonadehere dimana kita hanya perlu mempromosikan report bertajuk  “The Traffic Tips Reports”: 247Ways To Get Traffic To Your Website

Hari ni saya dah dapat payment dari Justin seperti yang dijanjikan. Takdela banyak sangat tapi saya tetap bersyukur dengan duit percuma ni.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan peluang seperti ini, jangan lupa subscribe eNewsletter ni ye.

Diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD)

Dah lama tak update blog ni sejak bercuti sempena hari raya hari tu. Sepanjang bercuti tak dapat nak akses internet sangat. Biasala, kat kampung banyak aktiviti nak dibuat. Tapi income tetap masyuk walaupun bercuti. Itulah kelebihan buat bisnes MLM - walaupun kita bercuti, pendapatan tak pernah putus. Sebenarnya ada banyak yang saya nak ceritakan cuma tak sempat.

Balik dari cuti beraya, Adib - anak saya yang kecik sekali pula diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pada hari kami pulang ke KL dia demam panas. Nasib baik tak meragam sangat masa dalam perjalanan. Esoknya kami bawa dia ke klinik sebab ingatkan dia kena chicken pox, tapi bila bawa ke klinik doktor kata HFMD. Terkejut beruk besar saya. Sebab banyak cerita tentang penyakit ni di suratkhabar. Risau jugak kalau-kalau kena masuk wad.

Penyakit ni mudah berjangkit dan biasanya akan sembuh dalam masa 5-7 hari. Doktor cuma bagi ubat demam je. Jadi kena kuarantin kat rumah je la. Nanti berjangkit pulak kat anak orang lain. Tapi doktor kata, tak perlu risau sebab ia tak merbahaya sangat, kecuali kalau ada berlaku komplikasi seperti sawan, anak tak mahu makan dan lain-lain yang kita rasa membimbangkan, kena la bawa ke hospital.

Since ia mudah berjangkit pada kanak-kanak bawah 10 tahun, doktor pesan bahawa ia mungkin akan berjangkit pada abang dan kakaknya. Dan memang betul, 3 hari selepas tu, aisyah dan adam pulak demam dan menunjukkan simptom yang sama. Tapi alhamdulillah sebab aisyah tak banyak sangat keluar rashes dan adam pun langsung tak keluar apa-apa ruam. Jadi, aisyah saya bagi dia “cuti sakit” dan tak perlu ke tadika untuk 1 minggu.

Banyak perancangan untuk bisnes terpaksa ditangguhkan dulu sebab bila anak-anak sakit ni, memang banyakkerenahnya. Yela, kalau kerja pejabat pun biasanya saya akan ambik cuti. Inikan pulak bekerja sendiri di rumah. Takde siapa nak larang kan?

Okla, cukup dulu untuk hari ni. Doakan anak-anak saya akan sihat kembali. Dan kalau anda ada anak-anak kecik, berhati-hati la ye. Sebab dari beberapa orang rakan yang saya tanya, anak mereka pun kena serang penyakit tangan, kaki dan mulut. Mungkin sekarang ni musim dia kot.

Kat sini saya nak share beberapa laman web yang ada ceritakan tentang Penyakit Tangan Kaki dan Mulut ni.

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut - Kementerian Kesihatan
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut - HUKM
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut - Dr.Azwan
Hand, Foot and Mouth Disease - Sarawak Health

Next Page »